Thursday, August 15, 2013

Dawn of El-Wardah

Haha title entry poyo. Sebenarnya nak cite experience aku bersalin hari tu.

Dengan harapan supaya kalau-kalau aku penat, marah, sedih atau lemah semangat untuk mendidik, menjaga Wardah *yelah bukannya senang jaga anak kan, banyak cabaran.... tapi lepas baca entry ni aku bersemangat balik bila aku ingat balik susah payah melahirkan Wardah dan perasaan aku yang berkobar-kobar selepas beranak itu aku revive diri aku dan menguatkan diri aku balik.

Ok, here goes..

Minggu-minggu akhir Pregnancy
Perasaan aku tak sabar-sabar nak beranak. Dr. Mashita bagitau paling awal nak beranak minggu 37. Kalau tak hospital (Az-Zahra) takkan terima sebab baby premature. Diorang takde facilities untuk baby prem. So, dia kata kalau aku terberanak awal, silalah ke hospital kerajaan.

Tapi masa check up yang ke 34 Minggu tu Dr. Mashita kata berat Wardah dah 2.7kg. Dia kata besar untuk first time mother..Yela, kita kan takde experience. Takut bila Mama tak pandai teran last-last kena resort ceaser jugak. Dr.Mashita ni dari cara dia macam lebih prefer delivery secara normal.

Sebenarnya dalam hati aku agak berbunga jugak la dengan harapan boleh beranak awal. Mana la aku tau ingat kan baby besar tu mempercepatkan kelahiran *pakai logik sendiri. Tapip Dr.Mashita check bukaan pun takde lagi, perut pun tinggi lagi, tanda bersalin pun takde lagi, contraction pun tak pernah rasa.. Macam lambat lagi. Tapi dia ada bgtau aku kalau berat baby aku naik sampai 3.4kg next check up dia akan induce sebab dia tak nak baby terlalu besar dalam perut.

Induce? Aku tanya orang kiri kanan ramai jugak bantah. Kebanyakan kata biarlah beranak secara normal tak payah paksa budak tu keluar. Tengok perut pun tinggi lagi. Lagipun kalau dah induce (max 3 kali) diorang akan go for ceaser. Lagi-lagi bila induce ni kita akan terus rasa sakit nak beranak. Sakit kot. *Itu kata dioranglah..Tapi dalam hati aku sebenarnya memang bersedia untuk di induce. Tak sabar nak jumpa baby. Tak kisahlah..

7hb Jun 2013
Akak-akak opis dok main-main perut aku kata tinggi la gi ni tak mungkin aku beranak minggu ni. Tapi dalam hati aku cam confident je aku nak beranak. Hari tu aku dah siap-siap kemas meja, file lepas tu buat task list bagi kat kerani untuk follow up. Tinggalkan notes dengan status untuk kerja-kerja outstanding. Mintak Guarantee Letter (GL) dari HR. Aku cakap ngn diorang kalau tak beranak aku bagi la balik GL tu.

8hb Jun 2013
Pergi check up. Berat baby dah 3.5kg. Dr Mashita advise aku menyerah diri hari Isnin untuk delivery. Aku senyum. Dalam hati excited tapi nebes.

9hb Jun 2013
Malam tu makan Steamboat & Grill. Makan puas-puas. Part ni paling aku suka. hahaha.. 

10hb Jun 2013
Pukul 9 pagi dah  tercongok kat Hospital seperti yang diarahkan Dr. Mashita. Admitted. Induce kali pertama. Lepas sejam dia check contraction and heart beat baby. Selama 6 jam tu aku cam takde perasaan nak bersalin pun. Tak sakit langsung pun. Dalam pukul 5 petang nurse datang. Check bukaan. 1cm. "Ada rasa contraction tak?" Aku pikir panjang, aku pun tak pasti sebab tak tau macam mana sepatutnya rasa contraction tu. "Tak taula..tapi takde rasa sakit pun". Lepas tu diorang induce untuk kali yang kedua. Pukul 11 malam still tak rasa contraction tapi nurse kata dalam reading yang mesin yang dilekat kat aku tu ada contraction maybe aku yang tak rasa. Bukaan still 1 cm. Diorang induce aku lagi sekali. Nurse kata kalau dah bukak at least 2 cm diorang akan tolak labour room dah.
Dalam hati cuak gak. Takut la kot-kot tak bukak jugak diorang ceaser kan. Malam tu aku tidur nyenyak je macam biasa. Takdela pulak orang kata terbangun sakit-sakit ke apa.

11hb Jun 2013
Pukul 7 pagi nurse datang dengan Dr Mashita. 1cm jugak. Aku cam dah tawakal je la. Kalau ceaser pun redha je la takde rezeki aku nak bersalin normal agaknya. Dr.Mashita adjust sikit baru bukak 1.5 cm. "Bolehla..." Relaks je Dr Mashita, aku pulak yang nebes. Dia suruh standby pergi labour room. Agak-agak dah selesai membuang aku pun ditolak masuk labour room.

Masuk-masuk labour rooum diorang bagi drib kat tangan masuk ubat.
Pukul 10.00 pagi baru 3cm. Dr. Mashita pecahkan ketuban. Sakit siot.
Lepas tu bermulah sakit nak beranak aku. Sakit rupanya nak bersalin ni baru tahu. Hahaha
Nasib baik husband ada kat sebelah. Tolong bagi air, tolong betulkan rambut, tolong mengaji, bagi tenang.
Tapi dah pukul bape aku pun tak ingat aku dah tak tahan aku ambik injection untuk kasi tahan sakit tapi efek dia mengantuk. *tapi sakit jugak cuma mengantuk je.
Pastu aku dah lalok lepas ambik ubat tu. Pukul bape pun aku dah tak tau.
Yang aku tau masa 9cm tu dah nampak kepala cuma Dr tak kasi push lagi. Masa nilah yang aku rasa paling sakit.

Last-last bukak jugak 10cm push punya push, pukul 2.45ptg menjengah la El Wardah di bumi Allah ni.. Best gila =) 

Tapi masa aku last-last minit tu risau jugak sebab lama sangat nak sampai 10cm. Siap makcik bidan tu kata kat husband aku nampak gaya macam nak kena ceaser je.

Alhamdulilah ada rezeki bersalin normal.

Saya suka.

Wednesday, August 14, 2013

Another chapter of Life

Alhamdulillah.. dah masuk dua bulan aku bergelar MAMA  pada El Wardah Binti Mohd Nor Azman

Memang betul orang kata perasaan melahirkan anak tu memang tak boleh dibandingkan dengan apa-apa dan tak boleh nak dihuraikan dengan kata-kata.

Especially, masa doktor tarik anak keluar tu Allah je tahu macam mana perasaan kita. Anak kita tu keluar dengan air ketuban sekali. Hangat sangat rasa dia..Rasa macam tsunami perasaan. *Aku pun tak tau nak describe cemana. Tapi memang super marvellous lah.

 Lepas tu tengok nurses bersihkan anak kita and suami azankan anak.

Ya Allah bersyukur sangat dapat pengalaman bersalin ni. Terlalu berharga. Aku boleh katakan pengalaman bersalin adalah yang paling precious dalam hidup aku. Memang tak sangka sungguh.

El Wardah @ 2 months *dah bulat

Hari ni dah second day aku kerja bermaksud second time la aku hantar Wardah kat rumah pengasuh.

First day semalam cool je aku hantar sebab dia tengah tidur tapi masa ambik dia cam sian je tengok bedak bedepek atas muka. hehehe...

Hari ni pulak aku hantar Wardah tak tidur. Tengah-tengah menyusu dah sampai pulak rumah Pengasuh. Terpaksa la tarik. Bagi kat pengasuh pulak dia senyap je. Tapi mata bulat je tengok orang. Sian pulak aku nak tinggal. Masuk kereta tu terasa cam nak nangis pulak teringat kat dia. *padahal tak kuar kawasan rumah pengasuh tu lagi pun.. haha

Kerja pun asyik teringat. Sikit-sikit tengok gambar kat phone.. Panjang betul masa.
Hish~ Macam ni rupanya perasaan dia. 

Baru tau.

 

Wednesday, May 29, 2013

Project POP

Saya rasa macam nak belajar crochet + menjahit + pakai mesin jahit la..
geram tengok D.I.Y barang baby chumel2

Ada masa ke?

=)

Wednesday, January 16, 2013

Simple tapi Impak Maksima

Semalam aku masak untuk Encik Suami.

Simple je. Tempe goreng garam + kunyit & Sambal Sotong.

Tunggu punya tunggu (Sampai Lauk naik sejuk) Encik Suami pulang.

Muka masam sebab Encik Suami agak lewat padahal dia kata nak pulang awal.

Lepas 2,3 suap, terus Encik Suami kata, "Pandai la Sya masak"

Pling!!! bercahaya balik muka aku yang masam tadi.

HeheheeheHEHEhe.. sengih2 kerang busuk lagi.

Friday, January 11, 2013

18 weeks: Tahun Baru, Kerja Baru

Pejam celik dah 18 minggu dah kandungan. Rasa cam cepat gila.
Tapi yang bestnya dah tak rasa macam mabuk-mabuk sangat la.
Cuma nafsu makan je berleluasa. Semua benda aku nak makan.

Hari tu nak makan rojak buah....dah dapat. =)
Lepas tu nak makan jambu batu.....Sampai Ipoh Encik Suami beli (kebetulan je pun dia gi sana)
....dah dapat =)
Nak makan jagung........dah dapat =)
Nak makan ketam masak telur masin.......dah dapat =)

Makan je keje aku sekarang. Asal nampak orang makan macam sedap terus terasa nak.
Ishk..Ishk...Ishk.... geleng kepala Encik Suami. Haish~
Tapi beli jugak..kekekeke....

Perut pun dah mula nampak bump.
Semalam masa aku naik LRT ada pakcik tu siap bagi duduk lagi...
Chewah~ bangga gila sebab dah  start dapat privilege ibu mengandung.. kekekeke

Walaupun masuk kat tempat baru dengan keadaan yang tengah mengandung majikan aku ok je
takdela dia tarik balik tawaran ke apa..Alhamdulillah rezeki anak aku agaknya
suspen jugak masuk tempat kerja baru mengandung. Mana tau jadi masalah kat majikan pulak kan
Sebab masa aku interview dulu belum tau lagi aku mengandung. huhu..

Sekarang ni, aku dah tengah final exam. Bila mengandung ni perasaan malas ni cam lebih sikit la
tapi sejak dah lepas first trimester tu takdelah malas aku parah sgt macam awal-awal bulan mengandung hari tu. Next sem, aku tak sure lagi nak ambik ke tak.. Sebab ada possibility time final tu aku dah dekat-dekat sampai hari dah..
Haish....pikir-pikir nak tangguh sem ke tak payah...

Thursday, December 20, 2012

Nosebleeding

Last week lepas balik dari kelas, masuk je rumah aku terus rasa nak muntah
Apalagi, berlarila aku ke toilet.
Tengah-tengah muntah tu tiba-tiba hidung aku pulak berdarah
Kali ni dah second time.










First time dia macam luka je
Tapi kali ni banyak la pulak.

So aku pun mesti la cuak.
Tapi aku takkan biarkan kecuakkan itu menganggu minda dan fikiran aku.
So, aku pun google la

Kesimpulan yang aku dapat, nose bleeding adalah perkara biasa je yang terjadi pada perempuan hamil.
Sebab masa ni isipadu darah kita sedang meningkat dan blood vessel (kalau tak silap aku pembuluh darah) dalam hisung sedang mengembang . This explain a lot pasal hidung-hidung Shrek kakak-kakak aku masa diorang pregnant dulu. hehehe...)
Tapi aku baca benda ni kat week 15. Tapi ye la symptom yang diorang cakap tu secara general. Tak semestinya sama. Ada terlewat ada yang terawal kot. And ada yang tak kena pun.

Ada sesetengah wanita hamil ni dia akan rasa macam selsema la, hidung tersumbat la walaupun dia bukan selsema atau ada apa-apa alergi la. Perkara ni secara medikal dikenali sebagai "Rhinitis of Pregnancy". Perkara ni terjadi sebab peningkatan hormon estrogen dan hormon-hormon lain yang menyebabkan pertambahan hingus yang menyebabkan rasa tersumbat/ala-ala selsema tu.

So, sekian.






Tuesday, December 18, 2012

Minggu 14

Sejak masuk Minggu ke-14 ni memang hidup aku agak aman la.
Malam-malam dah takde muntah, cuma kadang-kadang tu masih rasa seram sejuk.
Makan pun dulu, kini dan selamanya berselera.  Orang lain bila muntah-muntah hilang selera siap turun berat lagi. Aku ni takde effect langsung. Tu yang terlebih gemok tu.

Mak aku lagi best. Siap sound:
 " Dulu masa Ma 3-4 bulan orang tak perasan pun Ma pregnant. Ni Adah ni perut besar ni campur lemak ni. Haish" 
Dia geleng-geleng kepala sambil senyum pandang En Suami yang terkekek-kekek gembira tengok mak aku sound aku.
Takpelah janji rock. Eh silap janji Baby sihat.

Semalam aku dengan Encik Suami nak pergi Alamanda lagi. Nak tengok movie Alex Cross
Sebab hari tu plan cancel sebab aku nak muntah.
Jadi aku pulang awal. Siap mandi masuk dapur prepare dinner.
Al-maklumlah sekarang dah tak mabuk kenala resume tugas isteri. Mana boleh ambil kesempatan kan.
Tak baikkkk~ ish..ish...ish...

Masak punya masak
makan punya makan
lepas Maghrib berat pulak mata aku.
Terus terlelap.

8.30pm 
En Suami "Sya bangun..... tadikan nak pergi Alamanda"
Aku "Kejap abg 15 minit je.." aku pejam balik

9.30pm 
En Suami "Sya bangun..dah 9.30 mlm ni jadi tak nak pergi Alamanda"
Aku "Nakkk...nakkk.. Sya nak beli Kurma yang ada cokelat tu.." Sambil aku pejam balik mata

Lepas tu En Suami dah tak kejut.

Mungkin dah putus asa.

Pagi ni aku rasa bersalah pada En Suami. "Petang ni kita pergi ye Abang. Sorry~"
Sengih-sengih.. 

Dengan harapan malam ni aku tak tido awal.

Sekian.