Thursday, December 20, 2012

Nosebleeding

Last week lepas balik dari kelas, masuk je rumah aku terus rasa nak muntah
Apalagi, berlarila aku ke toilet.
Tengah-tengah muntah tu tiba-tiba hidung aku pulak berdarah
Kali ni dah second time.










First time dia macam luka je
Tapi kali ni banyak la pulak.

So aku pun mesti la cuak.
Tapi aku takkan biarkan kecuakkan itu menganggu minda dan fikiran aku.
So, aku pun google la

Kesimpulan yang aku dapat, nose bleeding adalah perkara biasa je yang terjadi pada perempuan hamil.
Sebab masa ni isipadu darah kita sedang meningkat dan blood vessel (kalau tak silap aku pembuluh darah) dalam hisung sedang mengembang . This explain a lot pasal hidung-hidung Shrek kakak-kakak aku masa diorang pregnant dulu. hehehe...)
Tapi aku baca benda ni kat week 15. Tapi ye la symptom yang diorang cakap tu secara general. Tak semestinya sama. Ada terlewat ada yang terawal kot. And ada yang tak kena pun.

Ada sesetengah wanita hamil ni dia akan rasa macam selsema la, hidung tersumbat la walaupun dia bukan selsema atau ada apa-apa alergi la. Perkara ni secara medikal dikenali sebagai "Rhinitis of Pregnancy". Perkara ni terjadi sebab peningkatan hormon estrogen dan hormon-hormon lain yang menyebabkan pertambahan hingus yang menyebabkan rasa tersumbat/ala-ala selsema tu.

So, sekian.






Tuesday, December 18, 2012

Minggu 14

Sejak masuk Minggu ke-14 ni memang hidup aku agak aman la.
Malam-malam dah takde muntah, cuma kadang-kadang tu masih rasa seram sejuk.
Makan pun dulu, kini dan selamanya berselera.  Orang lain bila muntah-muntah hilang selera siap turun berat lagi. Aku ni takde effect langsung. Tu yang terlebih gemok tu.

Mak aku lagi best. Siap sound:
 " Dulu masa Ma 3-4 bulan orang tak perasan pun Ma pregnant. Ni Adah ni perut besar ni campur lemak ni. Haish" 
Dia geleng-geleng kepala sambil senyum pandang En Suami yang terkekek-kekek gembira tengok mak aku sound aku.
Takpelah janji rock. Eh silap janji Baby sihat.

Semalam aku dengan Encik Suami nak pergi Alamanda lagi. Nak tengok movie Alex Cross
Sebab hari tu plan cancel sebab aku nak muntah.
Jadi aku pulang awal. Siap mandi masuk dapur prepare dinner.
Al-maklumlah sekarang dah tak mabuk kenala resume tugas isteri. Mana boleh ambil kesempatan kan.
Tak baikkkk~ ish..ish...ish...

Masak punya masak
makan punya makan
lepas Maghrib berat pulak mata aku.
Terus terlelap.

8.30pm 
En Suami "Sya bangun..... tadikan nak pergi Alamanda"
Aku "Kejap abg 15 minit je.." aku pejam balik

9.30pm 
En Suami "Sya bangun..dah 9.30 mlm ni jadi tak nak pergi Alamanda"
Aku "Nakkk...nakkk.. Sya nak beli Kurma yang ada cokelat tu.." Sambil aku pejam balik mata

Lepas tu En Suami dah tak kejut.

Mungkin dah putus asa.

Pagi ni aku rasa bersalah pada En Suami. "Petang ni kita pergi ye Abang. Sorry~"
Sengih-sengih.. 

Dengan harapan malam ni aku tak tido awal.

Sekian.

Monday, December 17, 2012

Baby Boy or Girl?

Weekend ni banyak jumpa orang.

Rata-rata teka aku ni bawak baby boy dalam perot.

Antara sebab-sebab utama:-

1. Diorang kata perangai aku masih agak abang-abang sikit;

2. Sebab muka aku berseri-seri lagi. Kalau baby girl dia akan tarik seri mak dia. Tapi aku tengok kakak-kakak aku dulu masa mengandung baby boy takdela berseri mana pun muka depa. Hidung macam shrek ja..

Tapi kalau tanya aku, aku nak baby girl. tapi encik suami nak baby boy

Nanti minggu depan aku pergi scan tak sure la dah boleh tengok ke belum.
Tapi kalau boleh nampak, mari kita tengok siapa yang kenaaaa~

Wednesday, December 12, 2012

Misteri Ibu Mengandung

Satu hari aku dan En Suami berjalan-jalan di Alamanda.
Hajat di hati nak tengok wayang.
Sampai kat tempat wayang tu rasa tak sedap pulak. Mual. Nak muntah.
Cancel. So kami pun bergegas pulang.

Nak sampai ke parking tu memang tak tahan sangat rasa nak muntah.
siap buat pit stop kat toilet sebab takut tak tahan sangat.
Tapi tak muntah jugak.

Sampai je di escalator yang nak ke parking tu aku ternampak cold storage.
"Abang, nak beli something kat sana. Nak cari makanan yang boleh tahan mual"
En Suami setuju. Dipimpinnya aku pergi ke Cold Storage.
Tiba-tiba...lalu je depan Kenny Rogers;
"Emmmmm..sedapnya bau. Jom makan kat sini"
Terus tangan En Suami aku tarik masuk dalam kedai
Eh, elok pulak aku tak rasa nak muntah.
Makan pun berselera sungguh.

Sesudah makan, sambil berjalan ke parking tu datang pulak perangai mual aku tadi.
Ishk..Ishk..Ishk..apakah?


Friday, December 7, 2012

Mommy-to-be

Ok, selepas press statement kawan-kawan aku kat fb semalam, pregnancy aku sekarang ni dah tidak menjadi rahsia lagi. *Chewah, poyo je nak rahsiakan. Macam ada orang kisah.haha

Bukan apa, awal-awal pregnancy aku tak nakla bagitau kawan2 lagi sebab masa First Trimester tu memang kritikal. Sebab ni baru First time aku pregnant aku pun tak tau kandungan aku kuat ke tak.
Ada orang yang tak kuat naik motor pun boleh gugur.
Ada orang yang kuat naik jetski pun takpe.
Contohnya Kakak aku NUR TAQIYYAH *blog dia ada sikit ala-ala Kiah Propa

Untuk aku Alhamdulillah, walaupun aku selalu night sickness seram sejuk malam2, tidur dengan sweater dan kipas tak bukak, dan kadang2 masuk rumah je terus rasa mual
 *ada sekali tu masuk rumah je terus lari masuk bilik air muntah 
tapi sejak masuk 12 minggu hari tu dah kurang sikit la.

Bila pregnant ni perangai kita pun makin mengada-ngada dan sekarang nampakla dengan nyatanya ciri-ciri suami mithali kat suami aku. Barulah dalam hati ni terpikir *Nasib baik aku kawen dengan dia ni. kekeke..

Last week, first time scan baby. *Kalau rajin aku upload nanti
Rasa macam tak percaya je ada benda kecik dalam perut aku. Bila doktor tu gerak-gerakkan scan dia tu tiba-tiba jari-jari dia bergerak. Comel gila kot!!!
Rasa macam dia tau dia tu sedang dilihat lepas tu dia macam bagi sign la *Hi Mama, Hi Abah =)
GaaGAGGAgGAGAGAGgaGagA.... Rasa macam nak gigit je kerana kecutenesan itu..

Kalau ikutkan blog Baby Gaga sekarang ni aku dah masuk ke 2nd trimester. En.Baby dah mula tumbuh bulu (lanugo) dan dia mula develop senses dia macam rasa dan bau.

Aku pulak mulai hari ini aku berjanji (*Sebab pagi tadi aku makan asam, lunch aku minum sprite)
Mulai saat ini aku akan mengamalkan pemakanan sihat. No asam, No Soft Drink, No Fast food, and whatsoever that is necessary untuk aku elakkan.

oh ye, Bump kat perut dah mula nampak sikit =)
So, jangan jeles. I'm not Fat, I'm just pregnant.. hehehehe

Aummm..My Baby is coming soon. InsyAllah~

Friday, November 2, 2012

Kepentingan TV dalam Masyarakat Bandar: Part 2

Semalam Encik Husband outstation.

Sebab tidak mahu meninggalkan adinda lama-lama di rumah, En Husband mengambil keputusan untuk balik hari saja.
Perasan . Padahal memang Encik Husband ada kerja lain keesokannya

Jadi seperti biasa selepas kerja saya sampai di rumah sekitar hampir pukul 7

7.00 Sampai rumah

7.00- 8.00 Mandi, sembahyang, baca Yasin (Khamis malam Jumaat)

8.00 Start bosan. Baring-baring atas kusyen sambil sms BFF dua tiga orang. terlelap

9.15 Bangun. Pening.

9.30 Ambik wudhu sembahyang Isyak. Basuh baju.

10.00 Ambik Mangga. Makan
          Ambik Epal. Makan.
          Ambik lagi satu epal. Makan
          Ambik lagi satu kali lagi epal dengan niat utk yang terakhir. Makan
          Pergi peti sejuk cari makanan. Capai cokelat Kisses. Makan.
          Makan Cornflake dengan air coklat. Makan

10.30 Golek-golek atas kusyen. Ambik buku niat nak membaca. Terlelap lagi

Sekitar 12 malam Encik Husband pulang. Terjaga. Pening. Sakit tengkuk. Mamai.

Kena bebel dengan Encik Husband.

Tidur

2.00 pagi Bangun balik. Sakit perut.

Kesimpulan : Perlu ada TV untuk  mengelakkan kita makan bila waktu bosan. Patutla aku gemok.

THE END


Saturday, October 20, 2012

Expect the unexpected

Waktu dah hampir-hampir tengahari.

"Ms.Syahidah, ada client nak datang sign S&P"
"Ok, bawakkan file dia"

Aku bersiap-siap.
Cari kasut.
Cari Pen.

Client masuk.
Berbaju Pagoda (ada kesan lubang kecik-kecik) dan berjeans lusuh sambil menyandang backpack.

Staf bawak masuk file.
Aku belek-belek.

Aku pandang Client.
Client senyum balik.

Mak aih... Property 2Million++
relax je datang opis macam apek jual aiskrim.

Moral of the Story : Stop being a judgmental person. We wouldn't know kan.

Friday, October 19, 2012

I'm Not Single

Tempat :  Parking Sains Gunaan, UiTM

Cepat...cepat... 
DUP DAP DUP DAP DUP DAP...
Cemas.

Biasalah, lambat kan. Kelas Kak Zai pulak tu.
Sat lagi dia suruh aku terjun tingkap tak ke naya..

Skreeeeeettt..
Aku parking ala-ala cerita fast and furious. 
(Disclaimer: Ini adalah satu penambahan: Exaggeration)

Aku jalan pantas.
Nafas turun naik.
Sampai di tangga, nak turun kebawah.

"Awak!"

Aku pusing. Mana ada orang lain lagi kat situ.
Ada Mamat dari kereta Myvi Hitam menjengah keluar.

"Budak UiTM ke?" 
Aku angguk.
"Fakulti apa ye?"
"Undang-Undang" Hish budak ni cepatla kalau nak tanya. Aku dah la lambat ni.
"Kenapa?" Aku tanya dengan kesabaran yang mula menipis.
"Ada kelas ek?" Lain macam je tujuan soalan ni.  Tapi aku angguk je.
"Habis pukul berapa?" Sah, lain macam ni.
"Apsal nak tau?" tanya aku bengang.
"Saja, kawan saya tanya " 

Memang aku dah tak boleh sabar.
Dah la rushing.
Aku blah je.

"Eh,awak. Kejap la nak gi mana tu?"

Aku terus turun.
Laju.
Lantak kau la budak.

Mungkin aku patut pakai tag "I'm Not Single" 



Thursday, October 18, 2012

Diari Seorang Penagih Tegar

17hb Oktober 2012

Kelas aku pukul 6.30 di UiTM Shah Alam.

Pukul 5 aku masih di PKNS.

Kreok..kreok... Perot aku menggorengkan lagu keroncong.

Parah ni.

Mata aku menjeling McD kat sebelah kanan.

Astaghfirullah..tak boleh..tak boleh.. kan aku dah janji nak berenti makan McD buat sementara.

Aku jeling jam. Aku jeling McD lagi. Ishk dah lambat ni.

Lapar la pulak. Nak nasik laa...

Tapi ntah macam mana kaki aku terdirect pulak ke McD sambil tangan dah bersedia menolak pintu.

Eh, apa ni. Aku pura-pura innocence pada diri sendiri.  Sebelah kaki dah melangkah masuk.

Takpe la makan bubur large. Kata aku memujuk hati untuk masuk McD.

Depan kaunter

Kaunter :  Ye kak, Makan ke take-away?
Aku : makan.
Kaunter : Nak order apa kak?
(Dalam hati: Bubur...bubur..bubur..bubur..)

Aku : Err..bagi saya Big Mac set large. Air ribena.
Sambil dalam hati mengimiginasi aku mengetuk-ngetuk diri sendiri.

Dah bayar pun.

Belasah je.

18hb Oktober 2012

Tempat : Pejabat Aku

Aku tengok ada 3-4 orang staff berkerumun di salah satu meja staff kat sini.
Semua memandang komputer.
Laman sesawang McD terbuntang.
Yang ada di situ semua berkira-kira nak mengorder.

"Syahidah tak nak?" tanya salah seorang. Mungkin sekadar ajak-ajak ayam setelah kantoi
Aku: Ishk.. saya pantang betol la...tak boleh ni.. pantang
Semua dah muka terkulat-kulat..
Aku : Saya pantang kalau tak ajak..hehehe.. Orderkan saya satu set large Quater Pounder with cheese

mengekek mereka ketawa. Tak tahulah ketawa kerana lawak, atau ketawa kerana merasakan apalah si gemok ni pun nak rupanya..

Tak kisahlah janji aku kenyang.

Aku masuk bilik sendiri. Dengan muka tenang memaki diri sendiri dalam hati.
Apalah.. bukan nak berenti ke.

Stress.


Big Mac




Quater Pounder with Cheese


Yes, I'm Loving it.

and addicted to it. tolongggg~


P/S: Aku rasa McD pakai guna-guna.







Wednesday, October 17, 2012

Tribute untuk En Suami: Sama ke?

Ini saya dan suami.


First time saya posting di FB gambar kami ada orang kata:
"Eh, laki kau macam Rafizi Ramli la.." Ramai pulak yang like.


Lepastu, bila jumpa pergi makan2 kat rumah pakcik saya ada pulak komen terbaru:
"Muko ada meh2 timbale mufti perok. Warih ko?"
(Muka seiras Timbalan Mufti Perak. Sedara ke?)
Harap maklum. Keluarga saya berasal dari Kelantan.


Hehe.. tak kisahla muka macam siapa-siapa, yang penting saya sayang suami saya.
Bangga apa muka suami macam orang hebat-hebat. Ngee..

Bukan macam saya: Asyik2 dengar orang kata muka saya macam Atiqah Master Chef




Tak sama pun. 
dan tak best.

HahAhAHa..

Editted: Tambah lagi satu Hafiz Hamidon

Friday, October 12, 2012

Insaflah wahai penagih tegar

Aku rasa sejak akhir-akhir ini aku dah rasa aku tak seperti diri aku lagi.

Ketagihan melampau-lampau.

Kalau tak dapat mula la tak senang duduk.

kadang-kadang gigit kuku.

Kadang-kadang untuk hilangkan ketagihan aku makan chewing gum. Tapi kurang berkesan. Penat rahang aku. Tapi ketagihan aku masih membara.

Paling tak tahan kalau tengah drive. Memang masalah. Membara-bara ketagihan aku.

Asal nampak Petronas ke Esso ke, aku berhenti. Mesti nak beli.

Badan pun dah makin naik ni. Parah dah ketagihan makan aku nih.

Haish~

Ketagihan utama: Drive Thru McD.

Thursday, October 11, 2012

Pasar Malam

Hari Selasa aku balik awal dengan harapan dapat lepak lama dengan Encik Husband malam ni.

Masa aku on the way balik dari opis Encik Husband call tiba-tiba ada meeting pulak.

Hampa sikit.

Menyesal pun ada jugak balik awal. Baik siapkan kerja yang berlambak dekat opis.
Tiba-tiba teringat dekat area rumah kami ada Pasar Malam hari Selasa.

Tak pernah pergi lagi.

Text Encik Husband request permission.
Approved. Plus order Roti John satu.

Sampai kat pasar tu saja2 la berjalan sampai hujung pasar.
Nak tengok apa yang boleh dibeli untuk next visit pulak.

Tiba-tiba teringat bawang tinggal sebijik je kat rumah.
Pergi tempat sayur. Pilih-pilih bawang.

Penjaja : Ye Kak Long, nak apa? Tanya penjaja gigi kuning. Mungkin kesan merokok atau air kopi
Aku : Nak Bawang je. Jawab aku sambil ambik bakul.
Penjaja : Bawang je? Lain tak nak? Dia tanya sengih-sengih. Aku geleng-geleng..
 Pilihla yang lain-lain ni, kentang ada, cili ada, kalau nak SAYA PUN ADA.
  Sengih-sengih gatal sambil diikuti gelak tawa rakan-rakan penjaja.

Stress aku. Pilih bawang laju-laju. Pastu bagi untuk ditimbang.
Bayar harga bawang.

Aku : Terima kasih.
Penjaja : Kasih awak saya terima. Nak no telefon.

Aku blah terus. Tapi telinga aku masih dapat menangkap bunyi gelak tawa dan bunyi-bunyi monyet Penjaja dan rakan-rakannya.

Moral of the Story : Kurang-kurangkan berjalan tanpa suami atau seorang diri. Banyak orang gatal.

Wednesday, October 10, 2012

Misteri Nusantara~

Aku memang selalu masuk ofis awal.

Selalunya gelap sebab belum ada orang datang. Aircond memang tak bukak melainkan staf-staf dah masuk. Diorang bukak sendiri.

Tapi dua tiga hari ni bila aku masuk ofis, lampu dah pasang. Aircond pun dah bukak. 
Walhal sorang pun belum masuk lagi.

Bila staf-staf masuk diorang pun pelik.
"Rasa-rasa macam dah tutup Aircond semalam. Kenapa masuk-masuk dah bukak?" 

Aku senyap. No comment. Aku pun tak tau

"Syahidah bukak aircond ke?"
"Takla. Tadi masuk-masuk dah memang on" aku jawab jujur.

Perkara ini berlarutan sehingga membingungkan staf-staf.
Aku pun pelik. Tapi aku buat tak tahu saja.

Pagi ni aku masuk awal jugak. Lebih awal dari hari biasa.
Ofis masih gelap. Aircond masih off.
Aku terus ke bilik aku.
Bukak lampu and aircond bilik aku saja. Kat tempat staf aku biarkan gelap.

Tiba-tiba pintu terkuak.
Masuklah makcik tukang sapu untuk menjalankan tugasnya.
Dia on lampu dan aircond.

OOO..makcik ni la yang selalu on semua benda.
Sebelum ni dia tak masuk pagi. Patutla~
Keh keh keh...

9.00 pagi: Staf-staf masuk opis.
Masih bingung dengan lampu dan air cond siap terpasang.

"Ishk, tension aku. Sapa yang bukak aircond ngn lampu ni? Ada orang spy barang atau kerja kita ke?"
"Ataupun bos datang awal kot tengok kita dah datang ke belum" yang sorang lagi menyampuk dengan konklusinya
Masing-masing muka tension. Risau. Bingung. 
Diselubungi misteri yang tak terungkai.

Dalam bilik, aku sengih-sengih geli hati.
Senyap. Tak mau bagitau.
Biarkan mereka diselubungi MISTERI~ *Ala-ala Hos Misteri Nusantara, Zainal Ariffin*

Tuesday, October 9, 2012

Perasan

Sejak akhir-akhir ni aku selalu pening-pening.

Hobi baru aku semenjak bekerja jauh dari rumah adalah makan sambil memandu.

Selalu moody.

Tiba-tiba hati aku mengusik, "Ntah-ntah aku pregnant tak?"
Sengih-sengih excited sorang-sorang

Hari Sabtu lepas, aku singgah rumah parent aku.
Lepak makan nasik dengan adik aku Izz dan Majdi.

Seronok bersembang aku tambah nasik sekali ganda dari aku ambik mula-mula tadi.
Laju pulak mulut aku tanya pada budak dua orang ni:

"Gemok tak aku? Aku makan banyak tau sekarang. Ntah-ntah aku pregnant."

Budak dua orang ni berpandangan sesama sendiri sambil tersengih.

Izz :  Bukan kau memang kuat makan ke?
Sambil gelak hina bersama adik aku Majdi

"Ye tak ye jugak kan." Aku sengih-sengih malu.

Burp..Alhamdulilah~

Takkan 24 harikawen dah pregnant

Monday, October 8, 2012

Kepentingan TV dalam hidup masyarakat Bandar

Rumah aku takde TV.

Kalau aku dan Encik Husband agak-agak bosan, layan GSC Cinema je sekarang.

Bukan jauh pun.

Satu hari, anak kepada kakak aku Abqari (3 tahun) datang ke rumah.

Masuk je dalam rumah dia lari-lari ke ruang tamu. Buat muka pelik

Lepas tu dia lari dari satu bilik ke satu bilik. Sambil berjalan kepada aku.

Abqari : "Ateh, mana TV ateh?"

Aku tunjuk TV rosak yang ada dalam stor. 

Abqari : "Dah rosak?" 

Aku angguk-angguk senyum. "Cantik tak rumah Ateh?"

Abqari : "Tak cantik, sebab takde tv".

Sentap mak, Nok~


Hari yang lain

Aku : Ahmad (nama lain Abqari) nak ikut Ateh balik rumah tak? Aku ajak-ajak ayam.

Abqari : geleng-geleng. Nanti macam mana Ahmad nak tengok TV.

Abah Abqari : Tanyalah Ateh kenapa tak beli TV lagi?

Abqari : sambil memandang aku tanpa perasaan bersalah.  Sebab Ateh takde duit kan? Nanti kalau Ateh ada duit baru Ateh beli kan...

Sentap lagi mak, Nok~ Blank tak tau nak respond apa .

Senyum jela~

Friday, October 5, 2012

Home Engineer , maybe?

Semalam masa kelas Islamic Banking Ustaz aku menyentuh berkenaan dengan RIBA.

RIBA = HARAM. Mudah kan?

Sekali dia keluarkan Hadith:

Rasululllah (SAW)  melaknat riba, mereka yang mengambilnya, penulis kontraknya dan mereka yang menjadi  saksi kontrak itu. 

Sebagai Loyar, itu adalah pekerjaan seharian aku. Sentap.
Aku menjawab:

"Maslahah Ustaz. Nanti tak dapat gaji"

Ustaz : Saya pun tak tau macam mana nak jawab soalan kamu tu. Tapi kalau dalam Islam Darurat tu maksudnya kalau tak buat mati. Kamu masih ada option untuk bekerja dengan institusi-institusi yang tak mengamalkan riba.

Takpelah, apa kata masa kamu buat perjanjian tu dan menjadi saksi pada kontrak tu kamu mestilah ingkar dan benci dalam hati kamu. Lepad tu lakukanlah purification terhadap gaji kamu tu. (Contohnya macam sedekah kot) Tapi sambil tu kamu berusahalah untuk mendapatkan pekerjaan yg lebih baik.

Pasni, aku nak jadi Home Engineer la. Suri Rumah sepenuh masa. Boleh?

Wednesday, October 3, 2012

Ketuk-Ketuk Dapur.

Hari ke-17

Pagi-pagi lagi aku dah bangun bersiap pergi kerja. Encik Husband akibat kepenatan dari bekerja lewat malam semalam menyambung tidur di katil empuk rumah kami.

Husband :  Sya nanti dah sampai ofis gerak  abang pukul 9 ek.
Aku :  Dengan muka patuh tahap maksimum mengangguk kepala. Ok bos, takde hal punya.

8.40 pg : Sampai ofis terus buat kerja.
9.00 pg : Sedang sibuk bekerja
10.30 pg :  Handphone aku berbunyi
Muka suspen. Dari gaya ring tone aku dah tau siapa yang telepon. Alamok, Kakandaku lupa nak kejut.
Mencarut sepatah sebelum angkat tepon.

Aku : ketaq-ketaq jawab tepon. Bagi salam dengan harapan lembut hati En Husband aku. Assalamualaikum abang. Sya.....

Husband :  Kenapa tak kejut abang? kan tadi abang dah mintak tolong ni abang dah lambat...blablablabla..
Aku : Telan air liur sambil bersorry-sorry pada Encik Husband. 

Memang salah aku pun. Lagipun tak baik melawan. Ishk3~

Encik Husband letak telepon dalam kondisi marah.
Aku yang hampa dan kecewa dengan diri sendiri duduk termenung.
Macam mana nak kasi sejuk sikit hati En Husband ni.

Tiba-tiba teringat orang kata "Nak pikat hati suami kena melalui perut dia".
Tanpa berfikir dua kali terus tangan aku laju hantar sms pada Encik Husband.

"Abang, Sya mintak maaf pasal pagi tadi. Balik awal ek, Sya masak sedap-sedap untuk abang." Send.

Dah send baru aku terfikir, ishk macam bagi harapan palsu je aku mana pandai masak sedap-sedap. Ptuii~

Panik.

Nak beli lauk kat kedai kantoi pulak nanti.

5.00 pm : Aku dah sampai kat rumah. Cuak punya pasal.

6.00 pm : Berperang kat dapur.

7.40 pm : Encik Husband pulang.

Suapan pertama. Encik Husband senyap.

Aku suspen.

Encik Husband sambung suapan kedua.

Aku :  Ok tak abang?

Husband : Boleh laa~  Takde mood nak sembang sambung makan.

Aku :  Abang nak tambah?  Aku menduga

Husband : Boleh jugak.

Aku sengih-sengih gembira. Lari-lari pergi dapur ambik periuk nasik sebelum Encik Husband berubah fikiran. Sedap ke aku masak? hehe..

Burp..Alhamdulillah, selesai makan Encik Husband sound:-

"Lain kali kalau masak jangan masin sangat Sya, lepas tu jangan hangit sangat bahaya nanti terdedah pada kanser. Kena improve lagi ni"

Sengih aku hilang. Angguk-angguk kelat.

Aku :  Ya abang. Next time Sya try improve lagi.

Agaknya Encik Husband tambah sebab lapar bukan sedap.Sob..sob~




Tuesday, October 2, 2012

Me as Wife

Dah 17 hari aku lalui fasa baru hidup aku as wife kepada Encik Husband aku yang dikatakan ala-ala Rafizi Ramli. hahaha..
Ok, overview hidup as wife ni benefitnya:-
1. Emosi semakin stabil (sebab kurang jiwa kacau dah jumpa hari-harilah katakan,);
2. Semua kita buat untuk Encik Husband dapat pahala apa. Masak, gosok baju, bergurau senda etc,etc..
3. Banyaklah benefit dia. Kena experience sendiri baru tau.

Kejadian Sabtu lepas gara-gara aku yang terlalu ambitious dan excited nak menggalas title Isteri Mitahali gatal bertanya pada Encik Husband:-
Aku : Abang, memandangkan esok hari Ahad, Sya nak masak special untuk abang. Abang suka makan    apa?
Walaupun dah bertahun bercinta tak tahu lagi dia suka makan apa, sebab bila dating macam semua benda dia makan je. so tak boleh detect favourite food dia.

Husband : Abang suka makan kentang goreng sambal. 

Aku :  Ek eleh, Kentang Goreng sambal hari biasa pun Sya boleh masak. Kacang gile~ Lain la yang special sikit..

Husband : Berfikir......... Emmm.. Ketam masak gulai lemak cili api boleh? Esok pagi kita pergi pasar borong beli ketam.

Aku : Gulp! Ambik kau pandai sangat nak masak special. Boleh! Takde hal...... tapi nak kena cari resipi kat internet. hehehe...

Memandangkan rumah aku takde internet, terkial-kial la SMS pada kawan-kawan yang mungkin boleh sms resipi ringkas pada aku.

Mujur ada Bro aku Ika sms resipi.. hehe..

Tapi, last2 tak jadi jugak buat sebab kitorang tak sempat pergi pasar borong beli ketam.

Selamat aku.keh3...

Tapi nak try buat jugak la next time. Sian Encik Abe aku, takut mengidam.. 










Friday, September 7, 2012

This is it! Is it?

7 hari lagi.

by the way, berat aku turun 1 kg je.

so, sejak Sabtu yang lepas aku dah tak mengamalkan diet seimbang aku tu lagi

Kira gagal la plan aku tu.

Tapi aku tak kisah pun.

muat je baju aku tu. 

Saturday, August 25, 2012

Mamat Maggie: How I met Abah Kau.

Tahun 2012,

Anak-anak, 

walaupun aku selalu cerita pasal Mamat Maggie yang ala-ala benci bilang cinta tapi padahal hati penuh taman, sila jangan tertipu. Tak macam novel yang kau baca kat kedai ala-ala lagenda budak setan ke bapak setan, Mamat Maggie tu bukanlah Abah Kau.

Lepas SPM
Dari hari dia declare kat aku tu sampai hari kitorang break cukup-cukup 3 tahun. 
Tak lebih sehari, tak kurang sehari pun. Memang betul-betul 3 tahun selepas hari yang dia declare kat aku.

Takde jodoh.

Tak silap aku 2 bulan lepas Mamat Maggie baru kawen. Tu la agaknya aku mula buat tribute untuk Mamat Maggie. 

Aku pun dah jumpa Abah Kau.
Lagi 20 hari kitorang nak kawen. 

Lain kali aku cerita How I met Abah Kau.

Salam sayang ketat-ketat, cium laju-laju,
Omak Kau.




Thursday, August 23, 2012

Cheritera Kawen : Misi Kurus

Tinggal 22 hari lagi sebelum aku di akad nikahkan.

Berat badan aku mencanak-canak naik selepas raya.

68kg???!!!! pffffttttt... Tak mungkin.................!!!!!!!!

Makanya, mulai saat ini aku berjanji akan turun sekurang-kurangnya 5kg menjelang hari perkahwinan aku.

Tak banyak. 5 kg cukup. Termasuk lipatan2 di perut aku ni perlu vanish.. pooff~

Strategi pertama:

1. Skip lunch.
2.Breakfast & Dinner dengan Muesli & Yogurt Drink (untuk menyedapkan muesli yang tak sedap)


3. Excersice? Tak payahla.. tak suka. LALALALA~

Tarikh Timbang: 26.08.2012 (Boleh dah ada beza ke? test je la dulu.)

Wednesday, August 15, 2012

Sumpah aku cuak

Masuk hari ni, lagi 30 hari lagi aku nak kawen.

Memang sumpah cuak.

Rasa macam banyak lagi tak settle.

Raya dah belakang kira.

Merdeka, lagi aku tak kisah.

DUPDAPDUPDAP...

Nebes.

Tuesday, July 3, 2012

Mamat Maggie: Episode Dua

Hari-hari terakhir aku kat sekolah.

Masa tu ramai cikgu yang tak masuk kelas.

Kelas aku hingar bingar. Bising.

Tapi sebab masa tu SPM dah dekat, aku abaikan hingar bingar kelas.

Aku khusyuk menelaah buku kegemaran yang aku selit di bawah meja. Majalah KREKO.

Tiba-tiba, ada classmate aku kata ada orang nak jumpa kat luar.

confuse jap.

Aku pun jalan keluar kelas. Tapi aku tak nampak sapa-sapa pun.
Kecuali Mamat Maggie.

Macam Hampagas. Bisik aku dalam hati
"Apehal?" tanya aku pura-pura Gangster.

Dia datang dekat lagi. Muka serious.
"Kau nak tangkap gambar dengan aku tak. Buat kenang-kenangan"
Gulp~ nebes aku. Kena rasuk syaitan ke budak ni?
DUPDAPDUPDAPDUPDAP
Apsal ntah jantung aku ni setiap kali dia dekat macam ni nebes semacam.
Haish~kena check pakar jantung nih.

Muka aku mula rasa panas-panas.
Muka gangster yang aku buat tadi dah terkulat-kulat macam kutu sesat dalam janggut.

Tiba-tiba, aku ternampak belakang pintu kelas, sekumpulan budak lelaki tengah intai-intai sambil ketawa mengekek.
Kuang Hajo!!
"Oo.. betul ke ko nak tangkap gambar dengan aku?" Aku melangkah setapak ke hadapan.
Aku betul-betul depan dia. Rapat.
"Banyak cantik muka kau. Ni nak?" Aku acu penumbuk betul-betul depan Mamat Maggie.
Serentak tu aku dengar gelak besar geng budak lelaki belakang pintu.
Sambil  buat bunyi-bunyi beruk dalam hutan.

Mamat Maggie sengih-sengih garu kepala.
Muka malu-malu kena ejek.

Padan muka.

DUPDAPDUPDAPDUPDAP
aik, memang sah kena check jantung aku ni.

(Sebenarnya bukan penumbuk yang aku acu.Tapi dalam bahasa sopannya middle finger. )

Monday, July 2, 2012

CheriteraCaed: Mamat Maggie

Mamat Maggie satu kelas dengan aku.

Tapi kami jarang-jarang tegur. Kalau tegur je pun macam nak bergaduh. Sebab Mamat Maggie suka cari pasal.

Pernah satu hari, masa aku tido dalam kelas, dia datang ketuk meja aku kuat-kuat.
Memang hangin la bro. Aku terautomatik bangun sepak meja.
Sakit kot. Tapi aku tahan. Sebab aku macho (puiih...haha)
Aku maki Mamat Maggie. Tapi dia sengih-sengih je.

Satu hari aku marah budak laki dalam kelas. Sebab diorang pemalas.
Kerja keceriaan kelas semua nak harapkan kami perempuan yang sikit ni.
Tiba-tiba Mamat Maggie berdiri betul-betul depan aku dengan muka serius.
Dekat sangat sampaikan bulu hidung dia pun aku boleh nampak.

Aku kontrol macho lagi.
Tapi jantung aku macam tak boleh nak kontrol pulak.
DUPDAPDUP DAP
Harap-harap dia tak dengar bunyi jantung aku yang macam nak pecah ni.
Mau tak kencang, Mamat Maggie ni tinggi dahla macam kingkong.

Sebelum apa-apa, baik aku blah. Kecut jugak. (huhu)
Aku pusing nak blah dari tempat kejadian.
Tiba-tiba..aku rasa ada tangan jahat tarik tudung aku dari belakang.
Memang nak mampos budak ni.
Aku pusing belakang terus angkat tangan dah bersedia nak tumbuk muka nakal Mamat Maggie.

Mujur kawan aku Timun sempat tarik aku.
Dia bawak aku masuk ke tandas belakang.
Aku yang tak terlepas penumbuk tadi lepas geram pada kerusi dalam tandas yang tak berdosa.

Masa aku masuk kelas, cikgu dah masuk
Aku terus duduk kat tempat aku tapi sempat jeling pada Mamat Maggie.

Mamat Maggie senyum nakal.

Ada lori ada bas,
Esok hari aku balas.


Siap kau. Janji aku dalam hati.

Saturday, June 30, 2012

Cheriteracaed: Budak Baru

Tingkatan 4. Aku budak baru.

Masa tu takde siapa pun aku kenal melainkan dua orang budak dari sekolah aku yang lama. Tapi takde beza pun. Bukannya aku pernah tegor diorang ni dulu walaupun aku dulu legend kat sekolah lama (sebab kejadian ini (klik sini) )Jadi, kesimpulannya anggap je la aku tak kenal sapa-sapa.

Minggu pertama memang bosan. Aku keluar kelas cari ketenangan.
Ringan kaki aku melangkah ke surau.
Dari dulu, Surau memang tempat favourite aku. Memang Tenang.
Sesuai untuk tidur.

Hampir waktu rehat aku pulang ke kelas.
Tapi sebelum sempat aku duduk, "Wei, Ustazah nak jumpa" Kata budak perempuan sebelah aku.
"Kenapa?" Aku tanya. Dia angkat bahu.
"Dia suruh jumpa kat kelas Tingkatan 5A"
Aku keluar ke kelas 5A.

Ni mesti kes aku ponteng kelas dia tadi.
Lantaklah.
Sampai ke kelas 5A, aku ketuk pintu.
Pengajaran terhenti.
Semua mata-mata senior tertumpu pada aku.
Aku pura-pura berani.

"Assalamualaikum Ustazah" aku memberi salam
"Kamu kemana tadi? kenapa tiada dalam kelas saya tadi?"
"Saya sakit perut" Aku bohong.
"Kamu bohong. Takkan la sampai dua masa kamu sakit perot. Kamu ni budak baru kan?"
Aku angguk.
"Budak baru buat cara budak baru jangan nak tunjuk gangster kat sekolah ni...blablbablabalhaa.."
Seterusnya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Aku mengerling ke arah pelajar lain dalam kelas.
Ada yang muka simpati tak kurang juga yang bermuka sinis.

Aku kekalkan muka straight face aku. Muka takde perasaan.
BLABALABALABLABALBBALABLABALA...
Takpe2..nanti penatla orang tua ni. cool..cool... Aku terus dengan muka seposen aku.
Last-last memang Ustazah tu yang penat. Terbaiklah, taktik aku ni tak pernah tak jadi.
Last-last cikgu yang marah aku ni mesti bengang balik. Hahaha padan muka.

Seperti yang dijangka, aku dilepaskan. Takde pukul, sebat dan sebagainya.
Hanya leteran yang aku dah immune.

Selang seminggu lepas tu, aku jumpa coklat bawah meja.
Nota: Dari Kayu, Tingkatan 5A

Sampai hari ni aku tak tahu sapa Kayu.
Tak glamer langsung nama samaran.
Tapi terima kasihla jadi pembekal coklat aku selama setahun.

Wednesday, June 6, 2012

I believe I can fly

Seperti yang diceritakan Kakak aku, Izzah:

Satu hari, seperti selalu Ahmad Abqari (anak kakak aku) tak nak pakai seluar.

Dalam usaha memujuk, maka abahnya berkata:

Kalau tak pakai seluar nanti "bird" Ahmad fly~ 

Ooo.. Macam Dek Nor suka tak pakai seluar "bird" dia pun fly..

Abahnya yang merasa pelik dengan jawapan genius yang diberikan Ahmad bertanya lagi,

Dek Nor tu lelaki ke perempuan?

Perempuan.

OOO patutla.. Abah Abqari senyum.

Tak sangka ada lagi budak nama Dek Nor. Macam nama zaman era 90-an

Saturday, June 2, 2012

Edisi Pengantin: God of Gambler

Ni bukan cerita judi.

September ni aku nak kawen. Tapi budget aku tight gile.

Dahla problem kat tempat kerja menyebabkan aku takde gaji sebulan

Pastu belum book mana2 make up artist lagi.

Nak book make up pun dana aku macam "Hidup Segan Mati tak Mahu"

Jadi aku decide nak make up sendiri muka aku.

Belajar je la dari youtube kan banyak. Asalkan tak jadi macam lady gaga sudah la.


Gamble tak?

P/S: You are not suppose to look like somebody else in your own wedding but you should look like a better version of yourself with extra enhancement.

Kesimpulannya look natural lagi bagus la

Friday, May 25, 2012

EDISI BASAH

Ops.

Maaf aku bukan nak cerita pasal tangkap basah. Sila jangan salah faham.

Ini Farouq. Anak kakak aku. Baru masuk dua tahun.
Jangan terpedaya dengan kecomelan dia. Nakal nih.

Pagi-pagi, aku selalu ada masalah dengan farouq nak mandikan dia.
Mesti berperang.
Dah la berak, tapi tak nak mandi.

Kadang-kadang dia memang tak nak mandi langsung.
Kadang-kadang dia nak Mama Tok (mak aku) mandikan dia.
Asal aku yang ajak, mesti dia menjerit, menangis, lari pecut dan sewaktu dengannya.

So, sekarang aku pasang strategi nak mandikan dia. Berjaya la jugak kalau dia terpedaya.
Tapi ada jugak yang tak jadi.

Salah satu taktik:
Required skill : Dancing and Singing.
..satu lagi buat bubble.

Kalau dia dah main kat luar susah nak ajak masuk
(Peringatan: Tak boleh marah dia. Nanti dia marah balik/ merajuk/ mengamuk guling-guling lagi susah)
So, apa aku buat? Aku pura-pura jadi Barney.
*Suara Barney* Farouq, Let's go.. Sambil jalan hentak-hentak kaki ikut rentak aku buat sendiri.
Pom..Pom..Pom....
Farouq yang terpedaya mesti akan ikut dari belakang

Dah sampai depan bilik air, kalau terus bukak baju dia mesti mengamuk
So, aku jadi Barney lagi.
*Suara Barney* Farouq let's play Bubble and rain-rain
sambil joget pusing-pusing pastu nyanyi
Rain rain go away
come again another day
Farouq want to play
rain-rain go away
Yeayyyyy~
Sambil tepuk tangan. Hip Hip Horeeey~

So bila dia angkat tangan tu aku terus la tarik baju dia keluar.
Mesti dia tak perasan aku nak paksa dia mandi.

Pastu dah masuk toilet, pandai-pandai la buat bubble la.
ataupun nyanyi lagu yang dia suruh nyanyila.
Kalau farouq dia selalu suruh aku nyanyi lagu Ben10.
Layankan je~

Nak pakai baju plak satu hal
nak kena kejar dulu.
(Yang ini memang tak dapat dielakkan lah)
Yang penting bila dah dapat buat la cerita ada monster nak makan "Bird" dia.
Pastu pura-pura cemas
Faster..Faster.. Farouq

Bila dah siap kena la appreciate sikit
Good Boyyyyy~nanti Ateh cakap kat mama Farouq good boy ok
High Five!!
Pastu biasalah, tepuk tangan.

The End.

Kesimpulan: Siapa cakap jaga anak senang memang patut kena sekeh.

Wednesday, May 23, 2012

Edisi Seram: Orang Minyak

Tribute untuk Mayamin (bukan nama sebenar). hehe.. 

Waktu tu malam dah masuk ke pagi.
Masa tu sekolah aku sibuk pasal cerita Penceroboh Orang Minyak sebab dah ada orang yang nampak. Tapi sebabkan aku dan kawan-kawan aku ni rajin, konon-kononya nak study sebab minggu tu ada trial exam PMR kitorang tak tido lagi. Mayamin pulak buat lawak siamang. Mas pun join. Memang mata makin cerah la asyik gelak-gelak.
Aku, layan je~ haha..

Dah beberapa hari aku perhati bumbung yang bersambung ke sekolah tu. Kalau panjat macam best je.. Lagipun bukan bahaya pun. Rendah je kot. Pernah sekali ada barang tercicir kat situ aku panjat bumbung tu ambilkan. Terniat la dalam hati aku nak try seberang sampai ke sekolah ikut bumbung.







    





Aku pun dah lupa macam mana aku ngan Mayamin boleh tiba-tiba dah berjalan kat atas bumbung tu. Dengan gaya ala-ala macho berjalan tenang atas bumbung.  Kawan-kawan yang lain tengok dari asrama puteri.
Tiba-tiba agak-agak kami dah nak sampai kami dengar jeritan dari asrama lelaki. 
WOI. PENCEROBOH!!
Kami tengok budak lelaki dah berduyun-duyun  KE ARAH KAMI!!
Memang gelabah la kot. Sebab panik, kami terus lari panjat ke sekolah. Mula-mula masuk kelas. Ambik buku rujukan Maths kat meja aku lepas tu menyorok bawah meja. 
Tak boleh jadi ni, kantoi ni
Aku dan Mayamin pun keluar dari kelas. Cari tempat menyorok yang lagi strategik.
Kitorang belasah je masuk tandas lelaki kat sebelah kelas tu.

Aku dan Mayamin menyorok satu jamban.
DUPDAPDUPDAPDDUPADIADUADPDUPP
Macam nak pecah jantung aku. Tahan nafas.
Derap tapak kaki budak2 laki tu makin jelas.

Sana ada tak?
Sini ada tak?

Tahan nafas lagi.
Tiba-tiba..
Pen jatuh. Aku pandang Mayamin. Mayamin pandang aku
Dalam hati masing-masing menyumpah pen

Woooiii Sini ada orang..!! Cepat.

Pintu Jamban tempat kami menyorok di bukak kasar
Korang buat apa kat sini?
Tanya Abang Form 5. Gaya macam Abang Long Gangster.
Aku tunjuk BUKU RUJUKAN yang aku amik tadi

Dah, balik2..

Aku dan Mayamin berjalan balik. Cepat2
Tapi dah tak ikut bumbung.
Ikut tanah.

Aku pandang arah Asrama Lelaki, masih ramai yang baru turun berjalan ke arah kami.
Langkah kami makin laju.

Tiba-tiba  sebuah kereta berhenti depan kami

Shit. 

Terus dapat temu janji dengan Cikgu Displin.


Orang minyak yang terlibat
Kalau mahu baca versi Mayamin yang lebih tepat boleh klik kat sini.
TAMAT

Tuesday, May 22, 2012

Sepetang di Dewan Peperiksaan

SAMTTAJ, Shah Alam
Sekitar Tahun 2002

SILA DIAM. PEPERIKSAAN SEDANG DIJALANKAN

Hari tu panas terik. Matahari tinggi atas kepala.
Selalu tengahari macam ni aku suka tidur petang tak mengira tempat.
Dalam prep boleh, dalam tution boleh, dalam komuter tengah sesak boleh.
Dalam bas lagilah boleh. Tak payah pasang niat tido pun. Dapat duduk je terus padam.

Tapi tengahari tu bukan seperti tengahari yang biasa.
Tengahari tu aku ada periksa Bahasa Arab Komunikasi.
Tapi hari tu aku steady. Mata bulat walaupun terik matahari sedikit sebanyak menyepetkan mata aku.
Aku masuk hall dengan muka budget cool terus ke tempat duduk aku dekat baris belakang sekali.
Confident level pun ok jugakla. Dalam 70% yakin aku boleh score Arab.

Setelah dewan penuh macam biasa kertas dibagi-bagikan dan pelajar disuruh menjawab.
Lebih kurang setengah jam sebelum habis exam aku dah siap jawab.
Zaman2 PMR dulu jarang tengok orang keluar awal walaupun dah siap awal.
Jadi walaupun aku dah siap, aku duduk je kat kerusi aku tu sementara tunggu abis waktu.
Bosan.

Mula-mula aku kira agak-agak berapa la aku boleh score ni. Yang aku confident aku congak2.
Lepas tu aku ambik pensel aku conteng pulak cover page kertas soalan.
Mula-mula aku kaler tulisan je. Lepastu melarat sampai conteng kartun penuh satu page.
Dah penuh aku conteng.
Mati kutu.
Tak tau nak buat apa lagi.
Aku pandang kiri kanan, pengawas peperiksaan jeling2 aku pulak.
Agak2la, macam mana nak tiru bahasa arab. Tulisan sorang2 buruk gila.Macam mana aku nak baca.

Aku jongket kerusi aku
sekali..
dua kali..
syok la pulak.
tiga kali..
Prak!!!!

Aku capai meja.
Dengan perlahan-lahan meja pun jatuh bersama-sama aku.
Diikuti jeritan aku:
Aiiiiyaaaaaa~

Semua orang macam tergamam pandang ke belakang
hahAHahAHAHahHhaHAhaHAhaHAhahaHAhahAHa~
Satu dewan ketawakan aku.
Aku bangun sengeh2. Angkat meja sendiri. Muka rasa panas je.Damn.
Pengawas peperiksaan yang dok jeling2 aku pun sambil ketawa-ketawa riang ambikkan kerusi baru untuk aku.
Bising sekejap dewan sampai disuruh diam.
Aku duduk balik kat tempat aku.

Masa waktu tamat aku orang pertama keluar dewan.
Nasib baik aku duduk belakang sekali.
MALU.

Result Bahasa Arab Komunikasi aku : B