Saturday, June 30, 2012

Cheriteracaed: Budak Baru

Tingkatan 4. Aku budak baru.

Masa tu takde siapa pun aku kenal melainkan dua orang budak dari sekolah aku yang lama. Tapi takde beza pun. Bukannya aku pernah tegor diorang ni dulu walaupun aku dulu legend kat sekolah lama (sebab kejadian ini (klik sini) )Jadi, kesimpulannya anggap je la aku tak kenal sapa-sapa.

Minggu pertama memang bosan. Aku keluar kelas cari ketenangan.
Ringan kaki aku melangkah ke surau.
Dari dulu, Surau memang tempat favourite aku. Memang Tenang.
Sesuai untuk tidur.

Hampir waktu rehat aku pulang ke kelas.
Tapi sebelum sempat aku duduk, "Wei, Ustazah nak jumpa" Kata budak perempuan sebelah aku.
"Kenapa?" Aku tanya. Dia angkat bahu.
"Dia suruh jumpa kat kelas Tingkatan 5A"
Aku keluar ke kelas 5A.

Ni mesti kes aku ponteng kelas dia tadi.
Lantaklah.
Sampai ke kelas 5A, aku ketuk pintu.
Pengajaran terhenti.
Semua mata-mata senior tertumpu pada aku.
Aku pura-pura berani.

"Assalamualaikum Ustazah" aku memberi salam
"Kamu kemana tadi? kenapa tiada dalam kelas saya tadi?"
"Saya sakit perut" Aku bohong.
"Kamu bohong. Takkan la sampai dua masa kamu sakit perot. Kamu ni budak baru kan?"
Aku angguk.
"Budak baru buat cara budak baru jangan nak tunjuk gangster kat sekolah ni...blablbablabalhaa.."
Seterusnya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Aku mengerling ke arah pelajar lain dalam kelas.
Ada yang muka simpati tak kurang juga yang bermuka sinis.

Aku kekalkan muka straight face aku. Muka takde perasaan.
BLABALABALABLABALBBALABLABALA...
Takpe2..nanti penatla orang tua ni. cool..cool... Aku terus dengan muka seposen aku.
Last-last memang Ustazah tu yang penat. Terbaiklah, taktik aku ni tak pernah tak jadi.
Last-last cikgu yang marah aku ni mesti bengang balik. Hahaha padan muka.

Seperti yang dijangka, aku dilepaskan. Takde pukul, sebat dan sebagainya.
Hanya leteran yang aku dah immune.

Selang seminggu lepas tu, aku jumpa coklat bawah meja.
Nota: Dari Kayu, Tingkatan 5A

Sampai hari ni aku tak tahu sapa Kayu.
Tak glamer langsung nama samaran.
Tapi terima kasihla jadi pembekal coklat aku selama setahun.

5 comments:

  1. setahun dpt coklat? mak aiih..tiap ari ke ca8..

    aku baru nak puji ko suka surau..rupanya2...hahaha...lawak2...

    ReplyDelete
  2. caed..adakah ini mase ustazah marah kau makan chewing gum time perhimpunan tu??huahuahua!!

    ReplyDelete
  3. Hahaha..kau ingat lagi ke.
    Dia marah aku pasal ponteng kelas pastu dia masukkan bab makan chewing gum sekali kat perhimpunan tu.. Sangat tak boleh blah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ofkosla ingat weh..dah ak pon kene sekali time tu...haha

      Delete