Monday, July 2, 2012

CheriteraCaed: Mamat Maggie

Mamat Maggie satu kelas dengan aku.

Tapi kami jarang-jarang tegur. Kalau tegur je pun macam nak bergaduh. Sebab Mamat Maggie suka cari pasal.

Pernah satu hari, masa aku tido dalam kelas, dia datang ketuk meja aku kuat-kuat.
Memang hangin la bro. Aku terautomatik bangun sepak meja.
Sakit kot. Tapi aku tahan. Sebab aku macho (puiih...haha)
Aku maki Mamat Maggie. Tapi dia sengih-sengih je.

Satu hari aku marah budak laki dalam kelas. Sebab diorang pemalas.
Kerja keceriaan kelas semua nak harapkan kami perempuan yang sikit ni.
Tiba-tiba Mamat Maggie berdiri betul-betul depan aku dengan muka serius.
Dekat sangat sampaikan bulu hidung dia pun aku boleh nampak.

Aku kontrol macho lagi.
Tapi jantung aku macam tak boleh nak kontrol pulak.
DUPDAPDUP DAP
Harap-harap dia tak dengar bunyi jantung aku yang macam nak pecah ni.
Mau tak kencang, Mamat Maggie ni tinggi dahla macam kingkong.

Sebelum apa-apa, baik aku blah. Kecut jugak. (huhu)
Aku pusing nak blah dari tempat kejadian.
Tiba-tiba..aku rasa ada tangan jahat tarik tudung aku dari belakang.
Memang nak mampos budak ni.
Aku pusing belakang terus angkat tangan dah bersedia nak tumbuk muka nakal Mamat Maggie.

Mujur kawan aku Timun sempat tarik aku.
Dia bawak aku masuk ke tandas belakang.
Aku yang tak terlepas penumbuk tadi lepas geram pada kerusi dalam tandas yang tak berdosa.

Masa aku masuk kelas, cikgu dah masuk
Aku terus duduk kat tempat aku tapi sempat jeling pada Mamat Maggie.

Mamat Maggie senyum nakal.

Ada lori ada bas,
Esok hari aku balas.


Siap kau. Janji aku dalam hati.

No comments:

Post a Comment