Friday, January 11, 2013

18 weeks: Tahun Baru, Kerja Baru

Pejam celik dah 18 minggu dah kandungan. Rasa cam cepat gila.
Tapi yang bestnya dah tak rasa macam mabuk-mabuk sangat la.
Cuma nafsu makan je berleluasa. Semua benda aku nak makan.

Hari tu nak makan rojak buah....dah dapat. =)
Lepas tu nak makan jambu batu.....Sampai Ipoh Encik Suami beli (kebetulan je pun dia gi sana)
....dah dapat =)
Nak makan jagung........dah dapat =)
Nak makan ketam masak telur masin.......dah dapat =)

Makan je keje aku sekarang. Asal nampak orang makan macam sedap terus terasa nak.
Ishk..Ishk...Ishk.... geleng kepala Encik Suami. Haish~
Tapi beli jugak..kekekeke....

Perut pun dah mula nampak bump.
Semalam masa aku naik LRT ada pakcik tu siap bagi duduk lagi...
Chewah~ bangga gila sebab dah  start dapat privilege ibu mengandung.. kekekeke

Walaupun masuk kat tempat baru dengan keadaan yang tengah mengandung majikan aku ok je
takdela dia tarik balik tawaran ke apa..Alhamdulillah rezeki anak aku agaknya
suspen jugak masuk tempat kerja baru mengandung. Mana tau jadi masalah kat majikan pulak kan
Sebab masa aku interview dulu belum tau lagi aku mengandung. huhu..

Sekarang ni, aku dah tengah final exam. Bila mengandung ni perasaan malas ni cam lebih sikit la
tapi sejak dah lepas first trimester tu takdelah malas aku parah sgt macam awal-awal bulan mengandung hari tu. Next sem, aku tak sure lagi nak ambik ke tak.. Sebab ada possibility time final tu aku dah dekat-dekat sampai hari dah..
Haish....pikir-pikir nak tangguh sem ke tak payah...

No comments:

Post a Comment