Wednesday, August 14, 2013

Another chapter of Life

Alhamdulillah.. dah masuk dua bulan aku bergelar MAMA  pada El Wardah Binti Mohd Nor Azman

Memang betul orang kata perasaan melahirkan anak tu memang tak boleh dibandingkan dengan apa-apa dan tak boleh nak dihuraikan dengan kata-kata.

Especially, masa doktor tarik anak keluar tu Allah je tahu macam mana perasaan kita. Anak kita tu keluar dengan air ketuban sekali. Hangat sangat rasa dia..Rasa macam tsunami perasaan. *Aku pun tak tau nak describe cemana. Tapi memang super marvellous lah.

 Lepas tu tengok nurses bersihkan anak kita and suami azankan anak.

Ya Allah bersyukur sangat dapat pengalaman bersalin ni. Terlalu berharga. Aku boleh katakan pengalaman bersalin adalah yang paling precious dalam hidup aku. Memang tak sangka sungguh.

El Wardah @ 2 months *dah bulat

Hari ni dah second day aku kerja bermaksud second time la aku hantar Wardah kat rumah pengasuh.

First day semalam cool je aku hantar sebab dia tengah tidur tapi masa ambik dia cam sian je tengok bedak bedepek atas muka. hehehe...

Hari ni pulak aku hantar Wardah tak tidur. Tengah-tengah menyusu dah sampai pulak rumah Pengasuh. Terpaksa la tarik. Bagi kat pengasuh pulak dia senyap je. Tapi mata bulat je tengok orang. Sian pulak aku nak tinggal. Masuk kereta tu terasa cam nak nangis pulak teringat kat dia. *padahal tak kuar kawasan rumah pengasuh tu lagi pun.. haha

Kerja pun asyik teringat. Sikit-sikit tengok gambar kat phone.. Panjang betul masa.
Hish~ Macam ni rupanya perasaan dia. 

Baru tau.

 

1 comment: